Diskusi ICT 70
Pada hari ini, banyak kelihatan QR codes dalam paparan iklan-iklan di akhbar dan majalah. Apakah QR codes ini?
Abstract Yard, Kg Mengkarak.
Kod QR (Quick Response) atau QR codes merupakan satu kod pengenalan bagi sesuatu barang seperti mana yang digunakan dengan kod bar. Apa yang membezakannya adalah rupa fizikalnya iaitu kod QR menggunakan segmen-segmen tertentu seperti mana piksel-piksel yang tedapat pada sebuah monitor. Manakala kod bar menggunakan jalur-jalur membujur yang mempunyai ketebalan yang berbeza bagi setiap jalur-jalur tersebut.
Kod QR ini diperkenalkan oleh sebuah syarikat pembuatan kereta di Jepun iaitu Denso Corporation pada tahun 1994. Penggunaan segmen-segmen dalam kod QR ini memberikan beberapa kelebihan seperti yang berikut:-
1. Ia berupaya mengendalikan lebih banyak data berbanding kod bar yang boleh memegang data lebih kurang sebanyak 20 karaktor.
2. Saiz fizikal yang lebih kecil kerana menggunakan ruang dua dimensi dalam implementasinya.
3. Ia mempunyai kaedah pembetulan kesalahan di dalamnya ketika membaca data pada permukaan yang kotor atau rosak.
4. Pengimbasan kod dapat dilakukan dengan lebih pantas daripada pelbagai sudut dan arah.
Terdapat banyak aplikasi pengimbas kod QR yang boleh digunakan dengan menggunakan telefon pintar seperti Mkassner.Net dan lain-lain. Kod QR ini juga boleh dicipta melalui sebuah laman web seperti Qurify di URL, www.qurify.com.
Namun begitu, perlu berhati-hati dalam penggunaannya kerana dengan sifatnya yang fleksibel dan berupaya menyimpan lebih banyak data, ada berkemungkinan ia boleh digunakan untuk penyebaran sesuatu virus atau malware oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Monday, December 24, 2012
Sembang ICT 69: Ingin tahu maksud QR Codes. Utusan Malaysia. 30 April 2012.
Labels:
30 April 2012.,
maksud,
QR Codes,
sembang ICT,
Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.