Wednesday, September 22, 2010

Tiada Rotan, Akar pun Berguna 1: Peralatan Penyelamat Komputer Anda

Hari ini komputer atau teknologi maklumat menjadi satu perkara yang amat penting dalam membuat apa-apa pekerjaan. Namun sekiranya masalah menimpa komputer kita, gelabah juga jadinya. Maklumlah banyak perkara dan urusan yang tersangkut.

Bagi memudahkan kerja, hantar sahaja ke kedai tetapi tidak tahulah berapa lama siapnya dan berapa pula harganya. Kalau kena pada harga dan servisnya, syukur tetapi kalau ditipunya.

Jadi, di sini ada beberapa program atau peralatan yang boleh kita gunakan terlebih dahulu bagi membaik pulih masalah-masalah yang dihadapi oleh komputer kita.

1. KNOPPIX

Ia adalah program berasaskan Linux yang mempunyai pelbagai program komputer untuk kita baiki atau kenal pasti masalah komputer. Ia boleh digunakan larian terus daripada CD dan gunakannya untuk pindah data ke tempat yang lain.

2. TRINITY RESCUE KIT

Program ini boleh dimasukkan dan dilarikan menerusi pemacu USB anda. Dengan itu anda boleh larikan pelbagai program anti virus seperti Clamav, antivir, bitfefender dan lain-lain menerusi pemacu USB dan imbas komputer anda.

3. AVIRA AntiVir

Ia merupakan program anti virus yang boleh anda larikan menerusi CD dan imbas virus pada komputer anda yang sakit.

4. GParted LIVE

Ia merupakan program berasaskan Linux untuk anda manipulasi pembahagian-pembahagian atau partitions pada cakera keras komputer anda dengan larikannya menerusi CD. COntohnya seperti bina, buang dan pensaizan semula pembahagian-pembahagian pada cakera keras anda.

5. SystemRescueCD

Ini juga merupakan program berasaskan Linux yang boleh dilarikan menerusi CD atau cakera USB. Di dalamnya terdapat banyak program bantuan masalah komputer anda seperti manipulasi partition, pencarian fail yang hilang, pengujian cakera keras, FTP dan format cakera keras.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.