Thursday, September 23, 2010

Tiada Tali, Akar pun Berguna 2: Peralatan Penyelamat Komputer Anda

Ini adalah sambungan berkenaan dengan peralatan-peralatan atau program-program komputer yang boleh kita muat turun secara percuma di Internet dan manfaatkannya untuk komputer kita.

Ini kerana pada bulan Ramadhan yang lalu saya dihubungi sahabat yang sedang belajar di Australia dalam PHD meminta bantuan kerana komputernya bermasalah dan langsung tidak boleh buka apa-apa program komputer.

Perkara ini sebenarnya susah juga untuk didiagnosis secara jauh kerana tidak pasti apa masalah nya. Diharakan panduan-panduan yang diberi dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi.

Jadi, untuk kali ini disenaraikan lima lagi tools yang boleh membantu kita yang dalam kesusahan disebabkan komputer bermasalah.

6. UBUNTU RESCUE REMIX

Ia merupakan program komputer untuk pembaikkan semula data yang sangat popular seperti juga program-program Linux yang lain. Di antara manfaatnya ialah ia berupaya menyelamat dan membaik pulih fail dan fail sistem bagi sistem pengoperasian Mac, membaik pulih data daripada cakera keras luaran (external), membaik pulih fail-fail yang telah dibuang dan lain-lain. Cumanya kekurangannya ialah ia tiada program anti virus. Ia boleh dilarikan menerusi CD atau cakera USB.

7. F-SECURE RESCUE CD

Ia merupakan satu program CD Bootable yang berasaskan kepada Knoppix. Ia berupaya untuk membuat semakkan berkenaan integriti sesuatu perisian yang dipasangkan, berupaya membaik pulih dan mendapatkan semula data yang rosak atau hilang dengan cara yang lebih canggih lagi, membaik pulih data daripada gangguan Malware, dan lain-lain.

8. Ddrescue

Ia merupakan program berasaskan Linux yang perlu dilarikan menerusi cakera keras yang dipasangkan sistem pengoperasian Linux. Ia berupaya untuk membuat baik pulih dan mengembalikan data dengan menyalin semula data daripada satu blok fail cakera keras yang rosak teruk dan tidak boleh dibaca kepadanya.

9. SAFECOPY

Ia merupakan program sama seperti Ddrescue dari segi fungsinya. Di samping itu ia membenarkan untuk baca data daripada CD dalam mod RAW, begitu juga dengan peralatan yang telah di reset. Ia juga boleh digunakan untuk menyerupai media atau cakera yang rosak untuk tujuan pengujian dan penandaarasan.

10. LINUX RESCUE MODE

Ia merupakan program penyelamat yang tidak boleh dimuatturunkan secara berasingan kerana ia berfungsi dalam sistem pengoperasian Linux. Ia membantu untuk kemasukkan ke dalam cakera keras Linux yang rosak menerusi Linux Boot CD dan seterusnya berupaya membantu membaik pulih sistem yang bermasalah tersebut. Di antaranya ialah mendapatkan semula kata laluan root, baik pulih program Boot Loader dan lain-lain. Ia dilokasikan dalam sistem di direktori /mnt/sysimage.


Itulah dia 10 program atau peralatan komputer untuk membaik pulih, menyelamat dan membantu selesaikan masalah yang berlaku pada komputer dalam persekitaran Linux, Windows dan Mac.

Semoga manfaat untuk semua dan dirahmati Allah Taala. Amin.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.