Thursday, December 16, 2010

Kegagalan Fungsi atau Data Hilang ?: Cakera Keras

Penjagaan Cakera Keras

-------------------------------------

Hard disk atau cakera keras merupakan satu komponen penting dalam komputer untuk menyimpan data atau maklumat. Harga cakera keras di pasaran sekarang ini adalah pada tahap yang sangat murah berbanding kapasitinya tinggi.

Dengan itu, cakera keras yang rosak boleh diganti atau dibeli dengan mudah dan murah. Namun begitu, data yang berada dalam cakera keras itu sangat penting. Sekiranya ia rosak atau hilang, kos untuk mengembalikannya sangatlah tinggi. Bagi mengembalikannya juga merupakan satu usaha yang rumit dan sukar.

Penjagaan cakera keras yang baik amat penting untuk menjaga data yang ada di dalamnya agar selamat.

Terdapat beberapa panduan penjagaan cakera keras iaitu:-

1. Sentiasa membuat Check Disk dan Disk Defragment dengan menggunakan program yang sedia ada dalam Windows seperti program chkdsk dan defragment. Ia penting untuk membuat penyelenggaraan ruang-ruang data yang ada dalam cakera keras. Ia juga boleh mengesan sebarang kerosakkan yang ada pada cakera keras tersebut.

2. Membuat bahagian cakera keras atau partition yang khusus untuk penyimpanan data dalam cakeras keras tersebut. Kenapa?

3. Sekiranya mengendalikan secara fizikal cakera keras tersebut, elakan daripada ia daripada terkena gelombang elektrostatik dan magnetik. Ia boleh merosakkan data dan cakera keras tersebut.

4. Pastikan persekitaran bilik yang menempatkan komputer dan sistem pengudaraan dalam komputer tersebut adalah baik dan berada pada suhu yang tidak panas.

5. Sekiranya perlu membuat sistem salinan pendua cakera keras itu kepada satu cakera keras yang lain.

6. Pastikan kedudukaan cakera keras dalam komputer itu stabil atau tidak bergerak-gerak. Ini boleh pastikan skru-skru yang digunaka diikat dengan baik. Sekiranya menggunakan cakera atau flash drive ia akan wujud secara lebih tetap pada sistem komputer. Ini akan mengurangkan cakera tersebut bergerak-gerak yang boleh merosakkan data atau cakera keras.

7. Wujudkan sistem pengurusan guna tenaga elektrik dengan baik dengan menggunakan program-program komputer tertentu. Seperti dalam Windows 7 ada program Balanced POwer Saving untuk itu.

8. Boleh menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu untuk mengawasi tahap kesihatan cakera keras seperti Acronis Drive MOnitor yang boleh dimuat secara percuma di internet.

Begitulah, panduan-panduan yang boleh kita praktikan untuk cakera keras kita di rumag atau di tempat kerja. Sekiranya ada panduan-panduan lain atau pertanyaan boleh dibuat pada komen ini atau e-mel ke sembangict@yahoo.com

Terima kasih. Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.