Friday, December 17, 2010

Perlukah Kita Bertopeng? : Identiti Anda Di Internet

Lindungi Identiti Anda di Internet
----------------------------------------------

Pada masa kini, intenet merupakan satu medium yang popular digunakan untuk melaksanakan kerja, perkongsian ilmu, berkomunikasi dan melaksanakan tugas peribadi seharian.


Kita banyak menggunakan perkhidmatan percuma di internet seperti e-mel, blog, laman web sosial dan pelbagai lagi. Harus diingatkan, ia dikatakan percuma tidak bermakna kita tidak membayarnya.


Ini kerana kita membayarnya dengan data peribadi dan privasi kita. Sebagai contoh, dengan menggunakan suatu laman web sosial, terdapat syarat dan perjanjian yang perlu kita setuju untuk menggunakan laman web tersebut. Antaranya syaratnya ialah segala data, fail atau gambar yang kita masukkan ke dalam laman tersebut akan menjadi hak milik laman web sosial tersebut.


Jadi, berhati-hatilah dalam mendedahkan maklumat diri anda dan keluarga anda atau kawan-kawan anda di internet.


Banyak maklumat peribadi anda boleh diperolehi seperti maklumat keluarga, maklumat kerja, maklumat akaun bank, maklumat apa yang anda suka dan tidak suka dan lain-lain.


Penggodaman kepada sistem komputer biasanya tidak berminat untuk mencuri atau mendapatkan maklumat peribadi seseorang kecuali ada manfaat kewangan atau kepentingan diri secara terus. Jadi selain daripada perlu berhati-hati dengan laman web yang memberi perkhidmatan percuma, anda perlu tahu bahawa ada tiga jenis program komputer yang berupaya mendapatkan maklumat peribadi anda secara tidak sah atau mencuri identiti anda iaitu:-
  1. VIRUS
  2. SPYWARE
  3. ADWARE

Penyelesaiannya akan dibincangkan nanti bagaimana langkah yang perlu kita ambil untuk menhindar berlakunya kecurian data atau identiti kita di internet.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.