Friday, December 2, 2011

Android-powered PC : Menerajui Komputer Peribadi?

Kumpulan kerja Google Android telah melancarkan sistem pengoperasian Android bagi kegunaan komputer peribadi atau versi x86 iaitu Android 4.0 “Ice Cream Sandwich”.

Ia telah dilancarkan untuk komuniti sumber terbuka. Namun begitu, perisian ini masih belum lengkap kerana terdapat lagi beberapa kelemahan seperti masih belum menyokong teknologi perkakasan Ethernet dan kamera.

Pra pemasangannya dijangka pada awal tahun 2012. Namun begitu perisian ini telah pun memasuki pasaran untuk komputer tablet.

Dijangkakan harga sebuah komputer peribadi atau lap top akan berkurangan dengan perisian yang percuma tanpa perlu lesen ini.

Berita baik untuk para pengguna dan juga penjual komputer.

Beritanya boleh dilihat di sambungan yang berikut:-

http://9to5google.com/2011/11/30/android-4-0-for-x86-processors-released-to-developers/

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.