Tuesday, December 6, 2011

WordPress: Tiga Aplikasi Keselamatan

WordPress merupakan satu aplikasi yang sangat popular digunakan oleh para penulis blog.

Terdapat tiga program tambahan atau plug in yang boleh dimasukan ke dalam aplikasi WordPress ini untuk keselamatan tambahan iaitu:-

1. Login Logdown

Ia merupakan satu program komputer yanag mengawal proses kemasukan ke dalam sistem laman web atau blog. Ia mempunyai penentu masa dan bilangan yang boleh dikonfigurasikan bagi proses kemasukan ke laman web atau blog.

Ia akan memberikan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti untuk kemasukan seperti alamat IP dan sebagainya. Ia juga akan menyenaraihitamkan aktiviti-aktiviti tersebut. Selain daripada itu, cadangan keselamatan juga ada disediakan untuk tindakan.

2. Conditional Captcha

Ini adalah aplikasi komputer untuk membantu mencegah perbuatan spam kepada laman blog atau web. Akismet adalah program tambahan untuk mengatasi masalah spam ini. Condtional Captcha pula akan mempertingkatkan keselamatan blog daripada perbuatan spam.

3. Backup Buddy

Aplikasi ini digunakan untuk menyimpan salinan pendua apa-apa dokumen atau fail bagi blog atau laman web.

Selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.