Wednesday, December 14, 2011

Sembang ICT 19: Ralat pada Facebook. Utusan Malaysia. 30 Mei 2011.

Diskusi ICT 19

1. Salam firkhan, bagaimana untuk kosongkan cache pada pelayar web Safari?

Terima kasih. Mona

Wasalam. Kaedahnya adalah seperti berikut:-

  1. Buka pelayar web Safari.
  2. Pilih menu ”Empty Cache”.
  3. Apabila terdapat mesej, "Are you sure?", klik butang “Empty”.
  4. Pilih menu “Preferences”.
  5. Klik pada tab “Security”.
  6. Pilih dan klik pada menu “Show Cookies”.
  7. Seterusnya klik pada butang “Remove All”.

2. Saya ingin membuat pertanyaan bagi pelayar web Google Chrome, bagaimanakah cara untuk mengosongkan cache pada pelayar web tersebut?

Nanie.

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya sertakan kaedah pengosongan cache pada pelayar web Google Chrome bagi komputer peribadi versi Windows dan Macs.

Pengosongan cache Google Chrome bagi Macs

  1. Klik pada menu “Chrome” dan pilih “Clear Browsing Data”.
  2. Pastikan ditanda atau dipilih menu “Empty the cache” dan Delete cookies and other site data”.
  3. Klik pada butang “Clear browsing data”.
  4. Keluar dan buka semula pelayar tersebut.

Pengosongan cache Google Chrome bagi Windows/Linux

  1. Klik pada ikon “wrench” yang terdapat pada penjuru kanan atas tetingkap dan pilih menu “Options”.
  2. Dalam tab “Under the Hood”, klik butang “Clear browsing data...”.
  3. Pastikan menu, “Empty the cache” dan “Delete cookies and other site data" dipilih atau ditanda.
  4. Klik pada menu “Clear browsing data”.
  5. Keluar dan buka semula pelayar tersebut.

3. Masalahnya, apabila saya buka akaun Facebook, terdapat isyarat chat di sebelah penjuru bawah kiri tetapi teman chatting dalam status offline. Saya cuba memadam dengan mengkliknya tetapi terdapat arahan 'log in' pula yang muncul.Selepas 'log in', saya cuba padamkan sekali lagi, perkara yang sama 'log in' muncul kembali. Sehubungan itu saya ingin khidmat nasihat tuan bagaimana cara mengatasinya.

Sekian,terima kasih

KARIM MANAP

Sekiranya diklik butang bertanda pangkah pada bar untuk chatting, sepatutnya tetingkap kawan chat tersebut akan dikeluarkan daripada tetingkap laman Facebook anda. Jadi, di sini saya nyatakan beberapa kemungkinan yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku iaitu:-

  1. Berkemungkinan anda klik pada sambungan yang salah.
  2. Sambungan ke talian Internet bermasalah.
  3. Terdapat masalah pada pelayar web yang digunakan. Jadi, sila kemas kini dan tingkatkan kepada versi terkini pelayar web yang digunakan.
  4. Berkemungkinan laman Facebook yang dimasuki adalah laman Facebook yang tiruan atau phising. Pastikan alamat URL-nya betul pada bar alamat di pelayar web yang digunakan.

Selain daripada itu, ketika proses masuk ke akaun Facebook, pastikan ditandai satu pilihan yang terdapat di bawah ruangan login dan katalaluan iaitu 'keep me logged in' atau ’Biarkan saya kekal di log masuk’. Ia bagi memastikan anda sentiasa berada dalam akaun Facebook tersebut ketika melayari Internet.


Seterusnya, jika sudah amati puncanya tetapi masalah berikut masih berlaku, sila buat laporan kepada pihak pengurusan Facebook. Ini dikhuatiri ia berpunca daripada masalah ralat yang wujud pada akaun Facebook atau laman web Facebook itu sendiri. Pihak Facebook ada menyediakan borang aduan yang perlu kita penuhi maklumatnya dan hantar secara terus kepada pihak mereka. Alamat URL-nya adalah seperti berikut:-

http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=consistent_logout


Seterusnya disertakan beberapa panduan yang boleh diikuti untuk menghindari daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini ketika melayari laman web Facebook. Antaranya adalah:-

  1. Kemas kini perisian pelayar web yang digunakan. Ini kerana versi terkini dilengkapi dengan kemudahan perlindungan keselamatan yang tekini. Antaranya seperti terdapat tetingkap amaran sekiranya dilayari laman web tiruan atau phising.
  2. Berfikir sebelum melakukan klik ke mana-mana sambungan URL. Jangan klik pada alamat URL sesuka hati walaupun ia terdapat dalam chat, emel atau mesej daripada orang yang kita kenali.
  3. Jangan sesuka hati menyalin alamat-alamat URL yang tidak diketahui ke bar alamat pada pelayar web. Ini dikhuatiri ia akan menyebabkan berlakunya spam daripada akaun Facebook atau pelayar web yang digunakan.
  4. Pastikan anda layari laman Facebook daripada laman web yang betul dengan menyemak alamat URL-nya di bar alamat pelayar web seperti www.facebook.com.
  5. Larikan perisian anti-virus untuk perlindungan komputer anda daripada virus dan malware.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.